ASAL USUL TARIAN TRADISIONAL PELBAGAI BUDAYA DI LUAR DAN DI SABAH: THE VARIOUS TRADITIONAL ORIGINS OF CULTURAL DANCE OUTSIDE AND IN SABAH

Setiap tarian tradisional di dunia ini mempunyai asal usulnya. Artikel ini bertujuan membuat sorotan literatur tentang asal usul tarian-tarian tradisional di luar dan di Sabah. Kajian perpustakaan dan laman sesawang telah dilakukan untuk mengumpul data daripada buku, makalah jurnal, makalah ensiklopedia dan penerbitan lain yang ada hubung kait dengan fokus sorotan literatur ini. Hasil sorotan literatur yang dilakukan mendapati asal usul tarian tradisional di luar Sabah hanya terhad kepada dua jenis asal usul sahaja, iaitu ritual dan pergerakan binatang. Kebanyakan tarian ritual di luar Sabah d... Mehr ...

Verfasser: Sri Ningsih Sukirman
Dokumenttyp: Artikel
Erscheinungsdatum: 2020
Verlag/Hrsg.: Penerbit Universiti Malaysia Sabah
Schlagwörter: Asal usul tarian tradisional / pelbagai budaya / ritual / pergerakan binatang / permainan / origins of traditional dances / various cultures / animal movement / games
Sprache: Englisch
Permalink: https://search.fid-benelux.de/Record/base-26873193
Datenquelle: BASE; Originalkatalog
Powered By: BASE
Link(s) : https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/2843

Setiap tarian tradisional di dunia ini mempunyai asal usulnya. Artikel ini bertujuan membuat sorotan literatur tentang asal usul tarian-tarian tradisional di luar dan di Sabah. Kajian perpustakaan dan laman sesawang telah dilakukan untuk mengumpul data daripada buku, makalah jurnal, makalah ensiklopedia dan penerbitan lain yang ada hubung kait dengan fokus sorotan literatur ini. Hasil sorotan literatur yang dilakukan mendapati asal usul tarian tradisional di luar Sabah hanya terhad kepada dua jenis asal usul sahaja, iaitu ritual dan pergerakan binatang. Kebanyakan tarian ritual di luar Sabah didapati bertujuan untuk permintaan hujan, kesuburan tanaman, penyembuhan penyakit dan upacara kematian. Selain asal usul tarian tradisional yang berkait dengan ritual, terdapat juga tarian tradisional yang berasal daripada pergerakan binatang seperti pergerakan kera, kijang dan unggas. Bagi asal usul tarian-tarian tradisional di Sabah pula, tarian ritual yang ditemui dalam sorotan literatur ini didapati bertujuan untuk penyembuhan penyakit, pemujaan semangat padi dan semangat mengayau serta menolak bala. Berkaitan pergerakan binatang, terdapat tarian tradisional di Sabah yang diilhami daripada pergerakan burung, khususnya burung layang-layang dan burung helang. Tiada pergerakan binatang lain yang ditemui. Tambahan pula, terdapat asal usul tarian tradisional di Sabah yang berasal daripada permainan tradisional orang tempatan. Asal usul sedemikian tidak ditemui dalam asal usul tarian tradisional di luar Sabah ketika sorotan literatur ini dilakukan. Kesimpulannya, terdapat tiga jenis asal usul tarian-tarian tradisional di Sabah telah ditemui dan dibincangkan dalam sorotan literatur ini, iaitu tarian-tarian tradisional yang berasal daripada ritual, pergerakan binatang dan permainan. Every traditional dance in the world has its own origin. This literature review aims to review the origin of the traditional dances outside Sabah and in Sabah. The search for books, journal articles, encyclopedia articles and other publications ...